BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 26, 2010

Undang-undang Jalan Raya

Penguatkuasaan Undang-undang Mewajibkan Pemakaian Tali Pinggang Keledar Belakang Bermula Jun 2008 - 25 April 2008

Kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar belakang bagi semua penumpang belakang bermula Jun 2008.
Bagi membiasakan orang ramai terhadap peraturan baru ini pihak kerajaan akan memberikan tempoh advokasi dan pengenalan selama 3 bulan sehingga akhir Ogos 2008 sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang ingkar arahan berkenaan.
Berikutan pengumuman awal yang dibuat baru-baru ini pihak kementerian dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah menerima pelbagai reaksi berbentuk komen dan cadangan yang mahukan penjelasan terhadap isu-isu seperti berikut :
Kenderaan yang diwajibkan dan dikecualikan serta Kos pemasangan bagi tali pinggang keledar belakang :
Kenderaan persendirian yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995 dikecualikan daripada perundangan ini, jadi tidak ada implikasi kos terhadap golongan ini. Maka kepada pemilik kenderaan-kenderaan lama yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995 adalah dikecualikan daripada perundangan ini.
Manakala bagi kenderaan persendirian yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 semuanya sudah pun dilengkapi dengan tali pinggang keledar belakang, kecuali kenderaan keluaran Perodua iaitu Kancil dan Kenari.
Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah mencadangkan kepada pihak Perodua untuk menawarkan pakej istimewa bagi pemasangan tali pinggang keledar di belakang bagi pemilik kenderaan Kancil dan Kenari di bawah program CSR. Cadangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya adalah dalam pertimbangan oleh pengurusan atasan di Syarikat Perodua.
Isu mengenai penumpang yang melebihi dari 3 orang di belakang :
Di bawah perundangan yang telah digubal tindakan undang-undang hanya boleh diambil bagi kes di mana tali pinggang keledar belakang yang telah dipasang tetapi tidak digunakan oleh para penumpang belakang. Dalam kes penumpang keempat, beliau tidak akan dikenakan apa-apa tindakan di bawah perundangan, tetapi Jabatan Keselamatan Jalan Raya akan menyedarkan golongan ini melalui kempen promosi galakkan kegunaan tali pinggang keledar.
Tempoh pemasangan tali pinggang keledar belakang :
Para pemilik kenderaan persendirian yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 yang diwajibkan memasang tali pinggang keledar belakang akan diberikan tempoh pemasangan selama 3 tahun sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.
Isu pengecualian sedia wujud bagi anggota PDRM dan JPJ :
Apabila penguatkuasaan undang-undang mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar belakang bermula Jun 2008, pengecualian yang sedia wujud bagi anggota PDRM dan JPJ akan dihapuskan dan mereka juga diwajibkan memakai tali pinggang keledar depan dan belakang.
Dalam konteks negara, lebih 350 kematian setahun melibatkan penumpang belakang dan penggunaan tali pinggang belakang adalah salah satu iktiar atau langkah yang berkesan bagi mengurangkan risiko kecederaan dan kematian akibat kemalangan di jalan raya.
Maka keutamaan pemakaian tali pinggang keledar belakang haruslah dilihat dari sudut keselamatan di jalan raya dan usaha kerajaan di dalam mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan di jalan raya serta bagi mewujudkan budaya kawalan kendiri di kalangan pengguna jalan raya.

“TALI PINGGANG KELEDAR DI BELAKANG BUKANNYA HIASAN, GUNAKANNYA”
 
“JANGANLAH MEMBAHAYAKAN NYAWA ANDA DAN ORANG LAIN, SENTIASA GUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR BELAKANG”

SUMBER:http://www.panducermat.org.my/akhbar-Penguatkuasaan-Undang-undang-Mewajibkan-Pemakaian-Tali-Pinggang-Keledar-Belakang-Bermula-Jun.html

KEJARA

Pengenalan
Mangsa jalanraya biasanya terdiri daripada kanakkanak.
Mereka mungkin terdiri daripada pejalan
kaki,penumpang kereta,bas atau pembonceng
motosikal.Kemalangan jalanraya boleh
mengakibatkan pelbagai kecederaan. Di Malaysia,
penunggang dan pembonceng motosikal
merupakan pengguna yang paling ramai menderita
akibat kecederaan dan kematian.


Pencegahan
Setiap individu mempunyai peranan bagi mengelakkan kecederaan akibat daripada
kemalangan jalan raya. Amalkan budaya pemanduan berhemah.

TATATERTIB SEMASA MENAIKI BAS
  1. Jangan sesekali naik atau turun semasa bas sedang bergerak.
  2. Tunggu hingga bas betul-betul berhenti, sebelum naik atau turun.
  3. Hendaklah berbaris untuk menaiki bas
  4. Duduk atau berdiri diam-diam semasa didalam bas
  5. Jika anda turun daripada bas dan hendak melintas jalan, biarkan bas berjalan baru melintas.
  6. Menunggu ditempat perhentian bas yang disediakan.

KAEDAH-KAEDAH YANG HARUS DIIKUTI BAGI PENUNGGANG BASIKAL
  1. Tnetukan yang basikal anda dalam keadaan baik - khususnya brek, tayar, lampu-lampu dan "real reflector" sebelum menunggangnya.
  2. Tunggang dengan cermat mengikut tepi jalan disebelah kiri.
  3. Jangan bertolak, belok ke kanan atau kiri atau berhenti tanpa menoleh kebelakang dahulu. Beri isyarat jelas apa yang kamu hendak buat dan buat isyarat awal-awal lagi.
  4. Jangan menunggang lebih dari dua basikal sejajar. Tunggang dalam satu baris diatas jalan raya yang sibuk atau sempit.
  5. Diatas jalan-jalan yang sibuk, jika hendak pusing kekanan, lebih selamat berhenti dahulu dibahagian kiri dan tunggu, jika ada terluang dari lalu lintas dari kedua-dua arah baru melintas.
  6. Berhati-hati jika cuaca tidak baik dan jalan-jalan raya licin.
  7. Ketika menunggang hendaklah sentiasa pegang "Handle" dan kaki berada diatas pengayuh.
  8. Jangan berpegang pada kenderaan lain atau penunggang basikal lain.
  9. Jangan menunggang rapat dibelakang kenderaan lain
  10. Jangan menunggang simpang-siur atau meliok-liok, mendaki bukit atau berbelok dengan mengejut.
  11. Jangan bawa apa-apa yang boleh menggangu imbangan badan anda (Bungkusan, buku-buku dan lain-lain) hendaklah diletak baik-baik dan diikat ketat-ketat pada "carriers". Jauhi dari membawa penumpang.
  12. Bila melalui dekat kereta yang berhenti awasi penumpang-penumpang yang membuka pintu kereta itu. Jauh sedikit dari kereta seperti itu bila lalu dekatnya.
  13. Jangan menunggang waktu malam tanpa lampu - kamu mesti ada lampu putih didepan dan lampu mereah dibelakang.
  14. Dimana ada jalan tempat basikal lalu ditepi jalan, ikutilah jalan itu

PANDUAN KETIKA MENYELEKOH DISIMPANG
  1. Biasakan menghampiri dengan cermat dipersimpangan dan bersiap sedia untuk berhenti. Sebelum melintas atau menyelekoh lihat kekanan dan kekiri, kemudian kekanan sekali lagi. Jangan terus berjalan sehingga kamu pasti selamat berbuat demikian dan kamu tidak menyekat jalan.
  2. Mesti berhenti dipersimpangan yang ada tanda "Berhenti". Tunggu dahulu sehingga jalan itu lapang dari lalu lintas sebelum meneruskan perjalanan.
  3. Disimpang-simpang yang dikawal oleh Polis Lalulintas, jangan terus berjalan sehingga polis yang bertugas disitu mengisyaratkan kamu berbuat demikian.
  4. Disimpang-simpang yang dikawal oleh lampu isyarat, selalu tunggu lampu hijau sebelum maju kehadapan. Dalam berbuat demikian tentukan yang jalan itu lapang untuk kamu melintas simpang itu dan setelah kamu memastikan selamat berbuat demikian.
  5. Apabila sampai dibulatan-bulatan, beri jalan kepada lalu lintas yang datang dari sebelah kanan kamu, kecuali tanda-tanda atas jalan menunjukkan sebaliknya tetapi terus jalan itu lapang.
  6. Bila hendak memusing ke kiri, ikut rapat-rapat ketepi sebelah kiri jalan dimana kamu hendaklah memusing dan terus kejalan yang hendak dimasuki itu (elakan dari memakan jalan kekanan sebelum kamu memusing).
  7. Bila hendak memusing kekanan ikut bahagian tengah jalan yang kamu sedang berada itu atau ambil tempat, dibahagian yang telah ditandakan untuk lalulintas yang hendak memusing kekanan. Tunggu sehingga jalan lapang diantara kamu dan apa-apa kenderaan yang datang dari depan, kemudian baru memusing.
  8. Disimpang-simpang dimana ada tanda-tanda lalulintas bergaris semua lalulintas mesti ikut garisan atau "lane" yang betul.

PANDUAN KETIKA ANDA HENDAK MEMOTONG KENDERAAN
  1. Jangan sekali-kali anda memotong diselekoh siku keluang (blind corners), atau dipuncak bukit.
  2. Memotong hendaklah disebelah kanan kenderaan yang dihadapan.
  3. Jangan memotong dimana ada terdapat dua garisan putih ditengah-tengah jalanraya untuk memisahkan perjalanan kenderaan.
  4. Berilah isyarat hendak memotong kesebelah kanan dan bunyikan"horn" untuk memberitahu kereta dihadapan. Hindarkan dari memotong balik dengan segera.

PANDUAN KEPADA PEMANDU UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN
Sebagai pengguna jalanraya, khasnya pemandu-pemandu, anda mestilah:-
  1. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan selamat
  2. Mengetahui undang-undang dan peraturan-peraturan lalulintas.
  3. Mematuhi isyarat-isyarat dan papan tanda lalulintas dijalanraya
  4. Jangan memandu dalam keadaan mabuk, pening, mengantuk atau letih.
  5. Jangan memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Hendaklah sentiasa bersabar dan bersopan-santun.
  6. Jangan sekali-kali menuruni bukit tanpa gear iaitu "free gear".
  7. Jangan sekali-kali berlumba-lumba diatas jalanraya.
  8. Jangan sekali-kali makan, minum, merokok, bergurau-gurau atau berbual-bual semasa memandu.
  9. Sentiasa memikirkan tentang adanya halangan-halangan disekeliling jalanraya iaitu sesuatu keadaan yang menyebabkan sipemandu mengubah kederasan dan haluan.
  10. Sentiasa beringat kemungkinan pengguna-pengguna jalanraya yang lain tidak mematuhi undang-undang, maka ia hendaklah sentiasa bersedia menghadapi tindakan liar.
  11. Memberi kesempatan dari segi masa dan jarak kepada pengguna-pengguna jalanraya yang lain untuk membetulkan kesilapan mereka bagi mengelakkan pelanggaran.
  12. Memerhati gerak geri yang dapat diagak keatas lalulintas dan pejalan kaki yang boleh menimbulkan halangan.
  13. Membiasakan diri untuk melatih mengawal kereta dan memeriksanya untuk mengurangkan peluang daripada terlibat dalam kemalangan.
  14. Sentiasa mengamalkan cogankata "Biar lambat asal selamat" dan "Pandu cermat jiwa selamat"

APA YANG HARUS ANDA BUAT BILA BERLAKU KEMALANGAN ?
  1. Hendaklah memberhentikan kenderaan anda dengan serta merta ditempat kejadian. Sek. 52(1) RTA 1987
  2. Memberi bantuan kepada simangsa untuk menghantarnya ke Hospital.
  3. Kenderaan anda boleh diubah jika ianya mengganggu perjalanan lalulintas.
  4. Hendaklah dengan segera membuat laporan dibalai polis yang berhampiran. Laporan hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan kecuali anda dirawat di Hospital atau lain-lain sebab yang munasabah. Sek. 52(2) RTA
  5. Hendaklah menunjukkan untuk diperiksa dokumen-dokumen sperti lesen pemandu, perakuan Insuran, cukai jalan dan lain-lain kepada Pegawai Polis. Sek. 52(4)(a), (b) & (c) RTA
  6. Jika anda melihat sesuatu kemalangan berlaku, anda hendaklah mencatitkan nombor-nombor kenderaan yang terlibat dan memberi maklumat kepada pihak polis.
  7. Bila anda diminta oleh pihak Polis untuk memberi apa-apa bantuan yang munasabah kepada mangsa kemalangan, anda hendaklah memberi bantuan tersebut. Sek. 52 (3) RTA.
    CARA-CARA MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA
    Kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh salah laku jalan raya akan akan membawa kerugian besar kepada masyarakat dan negara. Oleh kerana itu pihak yang berkenaan seharusnya mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini.
    Secara pokoknya, masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah yang berpunca daripada sikap pemandu jalan raya. Bertolak dari situ maka saluran penyelesaian masalah salah laku boleh berbunyi “3 P” iaitu
  8. Pendidikan
  9. Perundangan
  10. Penyelidikan
Huraian mengenai ketiga-tiga pekara ini adalah seperti berikut.

PENDIDIKAN
Oleh kerana masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah sikap, maka pendidikan memainkan peranan yang terpenting untuk membentuk sikap pengguna yang baik dan sekali gus mengelakkan berlakunya salah laku jalan raya. Untuk tujuan mengurangkan masalah salah laku jalan raya, pengguna jalan raya harus dididik supaya mempunyai kesedaran keselamatan jalan raya, dan juga mempunyai sahsia diri yang betul sebagai seorang pengguna jalan raya.
Pendidikan untuk mengurangkan salah laku jalan raya perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa iaitu sebelum seseorang itu menjadi pemandu, semasa dia menerima latihan pemandu dan setelah dia sah menjadi pemandu. Maka pendidikan ini boleh disampaikan melalui tiga saluran iaitu:
  • melalui sekolah dasar dalam matapelajaran moral,
  • melalui sekolah memandu
  • melalui komunikasi awam seperti televisyen.
Secara lebih khusus lagi, fungsi yang dimainkan oleh pendidikan moral di sekolah untuk mengurangkan salah laku jalan raya ialah memberikan pendidikan moral yang dasar supaya ia akan diterapkan dalam penggunaan jalan raya. Contohnya, pelajar boleh menerapkan prinsip hormat-menghormati yang dipelajari dalam sekolah ke dalam penggunaan jalan raya dengan sentiasa menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. Bagi sekolah memandu ia boleh memainkan fungsi dalam pekara ini dengan memberikan pendidikan memandu yang lebih berkhusus dan membentuk sahsiah diri yang betul, khusus bagi seorang pemandu. Manakala bagi komunikasi awam pula ia berperanan untuk mengingatkan pengguna jalan rayamoral jalan raya dari semasa ke semasa. mengenai

PERUNDANGAN
Perundangan merupakan satu langkah yang penting untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya. Tanpa perundangan, pemandu-pemandu yang jahat dan “tidak masuk ajar” akan terus mengancam keselamatan jalan raya.
Perundangan termasuk dua bahagian yang besar iaitu:
  • Pembentukan undang-undang
  • Penguatkuasaan undang-undang
Pembentukan undang-undang merupakan asas kepada perundangan. Undang-undang yang dibentuk seharusnya mempunyai kesan psikologi ke atas pengguna jalan raya yang jahat dan praktikal pula kepada pihak polis untuk dilaksanakan. Dengan ada undang-undang yang membawa hukuman yang menakutkan maka sebahagian besar pengguna jalan raya akan takut terlibat dalam salah laku. Bagi sekelintir kecil pengguna jalan raya yang keras kepala dan mengancam keselamatan awam maka dibawah undang-undang ia boleh dihalang untuk terus demikian dengan mekanisme kepenjaraan.
Undang-undang tidak akan sempurna sekiranya ia tidak dilengkap dengan penguatkuasaan undang-undang. Penguatkuasaan yang baik sememangnya boleh meningkatkan kewibawaan undang-undang dan kesannya terhadap keselamatan awam. Untuk itu pihak berkuasa haruslah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

PENYELIDIKAN
Penyelidikan tidak boleh menyelesaikan masalah salah laku jalan raya secara langsung. Tetapi ia boleh membantu kita menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik dalam jangka masa yang panjang. Secara kasarnya penyelidikan yang harus dibuat untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya adalah di bawah bidang seperti di bawah.
  • Ilmu kaji kejenayahan (criminology)
  • Pengurusan jalan raya
Ilmu kaji kejenayahan penting untuk kita memahami salah laku jalan raya yang berat seperti keganasan jalan raya. Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pekara ini maka, adalah lebih mudah untuk kita menyelesaikan masalah ini.
Pengurusan jalan raya merupakan satu bidang yang luas. Ilmu ini diyakini boleh membantu mengurangkan salah laku pemandu kerana dengan adanya sistem trafik yang terurus, maka tekanan jiwa para pemandu akan menjadi kurang dan seterusnya salah laku mereka juga akan kurang.


SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN

Kereta
• Pastikan kereta dalam keadaan yang baik - brek, tayar, petrol dan air.
• Pakai tali pinggang keselamatan dan guna tempat duduk khas bagi kanak-kanak.
  Jangan sekali kali berkongsi tali pinggang keselamatan.
• Seat belt must be properly placed with the lap belt across the hip bones and fit snugly
  across the chest.
• Jika kereta dilengkapi dengan beg udara, jangan letakkan kanak-kanak di tempat
  duduk hadapan kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada kanak-kanak.
• Bayi dan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun sepatutnya di letakkan di
  tempat duduk belakang. bayi juga perlu di letakkan di tempat duduk belakang dalam
  tempat duduk khas.
• Gunakan sistem kawalan kunci kereta.
 
Pejalan kaki
• Jangan sesekali membenarkan kanak-kanak yang berumur di
  bawah 10 tahun melintas jalan secara bersendirian.
• Seboleh-bolehnya gunakan lampu isyarat, ruang pejalan kaki dan lintasan pejalan
  kaki.
• Sebelum melintas jalan raya, lihat kiri-kanan-kiri terlebih dahulu.
• Jangan berlari ketika melintas jalan.
• Jangan bermain berhampiran jalan raya.
• Jika terdapat lintasan pejalan kaki, jejantas atau jalan bawah tanah, pengguna
  sepatutnya tidak dibenarkan melintas jalan sekurang kurangnya 100 meter daripada
  kawasan tersebut.
• Jika ruang pejalan kaki tidak disertakan, gunakan bahagian kanan jalan melawan arus
  trafik supaya dapat melihat kenderaan di hadapan.
• Pakai pakaian yang cerah atau terang pada waktu malam supaya dapat di lihat oleh
  pemandu yang lain.
 
Penumpang bas
• Jangan tunggu bas berhampiran lalulintas.
• Tunggu sehingga bas berhenti sebelum menaiki bas.
• Berhati-hati ketika menaiki tangga bas.
• Pastikan bas berhenti sebelum turun dari bas.
• Berhati-hati semasa turun dari bas.
• Selepas turun dari bas, jalan kehadapan bas supaya pemandu bas dapat melihat anda.
• Pastikan anda berada jauh dari bahagian belakang bas sepanjang masa.Penunggang Motosikal
• Elakkan membawa kanak-kanak semasa
  menunggang motosikal. Gunakan
  kaedah pemanduan yang selamat.
 
Penunggang basikal
• Pastikan basikal dalam keadaan baik .
• Gunakan topi keledar basikal jika kanak-kanak yang menunggang.




sumber:
http://www.panducermat.org.my/8-petua.html
http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/nasihat_faq/faq_polis/faq_keselamatan_jalanraya.htm